Kumbang Tanduk Musuh Utama Kelapa
Pokok kelapa, nipah, pinang, nibong dan palma hiasan jika tidak dijaga teliti pasti menjadi mangsa kumbang tanduk.
Kumbang tanduk atau kumbang badak juga gemar menyerang pokok kelapa jika pekebun cuai mengenal pasti kehadiran serangga tersebut.
Kumbang dewasa menyerang dengan mengorek tisu lembut pada bahagian pucuk kelapa.
Jika pelepah muda (daun belum terbuka) diserang, tanda serangan kelihatan seperti kipas bila daun tersebut membesar dan terbuka gara-gara kumbang memakan kedua-dua belah pelepah yang diserang.
Kumbang juga kerap mengorek tisu lembut pada buah kelapa.
TIPS CEGAH KUMBANG TANDUK
- Sisa tunggul mati atau pokok-pokok yang reput hendaklah dibakar.
- Pemantauan perlu sentiasa dilakukan supaya dapat mengesan keha-diran serangga perosak tersebut.
- Selalulah periksa pokok-pokok yang masih muda secara lebih kerap.
- Tanam tumbuhan penutup bumi di kawasan ladang untuk elak kumbang membiak pada tunggul kayu reput.
- Kumbang tidak suka membiak atas tunggul reput yang diliputi tanaman penutup bumi.
- Jika perlu gunakan racun semburan yang terkawal. Sembur di celah-celah pokok sehingga basah.