Teknik Menanam Timun
LADANG
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm hingga 22 sm.
Sediakan batas yang berukuran 1.2 m lebar, 25 sm tinggi dan panjangnya.
Jarak antara batas ialah 30 sm. Gaulkan baja tinja ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
TANAMAN DI DALAM PASU ATAU POLIBAG
Gunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian baja tinja ayam reput atau kompos dan 1 bahagin pasir.
Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan pasu.
CARA MENANAM
Semai terus 2 biji benih ke dalam pasu sedalam 2.5 sm. Tinggalkan satu pokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
Gunakan rumput-rumput kering sebagai sungkupan.
TANAMAN DI LADANG
Semai terus 2 biji benih selubang sedalam 2.5 sm. Jarak tanaman ialah 60 sm antara pokok dan 60 sm antara baris.
Sebanyak 15 gm benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi.
Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam. Tinggalkan sepokok selubang.
Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh. Untuk membuat sokongan, gunakan kayu junjung 2 meter panjang.
MENYIRAM
Timun memerlukan lembapan yang cukup untuk hidup subur. Siram dua kali sehari kecuali hari hujan.
Baja boleh digunakan pada minggu ke 2, 4 dan 6 selepas menanam.
KAWALAN SERANGGA
Elak kutu daun, kulat dengan semburan racun yang sesuai.
HASILAN
Boleh memungut hasil pada minggu ke 7 atau ke 8. Kutipan hasilan tanaman dibuat dua hari sekali.