Dhab: Khazanah Perubatan Haiwan Gurun
Oleh: Mohd. Zabidi Haji Saidi
Dhab ialah sejenis haiwan yang hidup di padang pasir, berdarah sejuk yang tergolong dari kategori reptilia yang bertelur, kepalanya seperti kepala penyu, kulitnya bersisik tebal di atas badan dan berduri ekornya. Dhab banyak terdapat di negara timur tengah seperti Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
Dhab atau nama saintifiknya uromasty acanthinura juga merupakan sejenis haiwan HALAL yang tidak makan bangkai, tidak mencari makan menggunakan taring, tidak makan guna kuku, tidak berbisa dan tidak hidup dua alam.
Sudah lama kita tidak dengar tentang dhab, tiba-tiba dhab muncul kembali di pameran MAHA International 2018. Gerai dhab menjadi tumpuan pengunjung yang mahu bergambar dengan haiwan padang pasir itu. Sambutan hangat terhadap gerai dhab mendorong Agro Malaysia menemubual pemilik gerai itu, Ustaz Azhar Mohd Shapawi di rumahnya di Kemunting, Perak.
Menurut Ustaz Azhar, 50 tahun, yang menuntut di Mesir dalam bidang Bahasa Arab kembali ke Malaysia pada tahun 1999. Pada mulanya beliau mengajar di sekolah menengah selama empat tahun di Gunung Semanggol dan akhirnya beliau meletakkan jawatan kerana mahu terlibat sepenuh masa dalam perniagaan dhab pada tahun 2000.
Menurut Ustaz Azhar, rasa daging dhab sama seperti rasa daging burung puyuh di mana orang Mesir biasanya membuat sup.
Ustaz Azhar yang turut membela beberapa ekor dhab yang berasal dari Mesir, Arab Saudi dan Libya berkata dhab suka makan kacang panjang, salad dan kaktus yang ada kandungan air di dalamnya.
Dhab tidak boleh dibiak di Malaysia kerana cuaca yang berbeza antara Malaysia dengan Timur Tengah. Malah untuk membela dhab, Ustaz Azhar terpaksa membawa pulang ke Malaysia pasir yang sama di Gunung Sinai. Sebelah malam lampu dipasang dari jam 11 malam hingga 5 pagi supaya dhab kena cahaya panas kerana ia tidak boleh hidup dalam suasana sejuk dan dalam penghawa dingin.
Menyentuh mengenai produk syarikatnya Dhabsinai, Ustaz Azhar berkata beliau mengusahakannya di Malaysia manakala rakan kongsinya Ustaz Haji Shaari Mohd Daud pula mengusahakannya di Kaherah, Mesir.
Beliau mengeluarkan empat produk iaitu kapsul dhab sinai yang dijual dengan harga RM90.00 sebanyak 60 biji. Kapsul ini merawat peredaran darah seluruh tubuh, megelak dari terkena strok, dan juga mampu merawat masalah lelaki lemah tenaga batin.
Beliau berkata kapsul dhab sinai dapat merawat penyakit tiga serangkai, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Ia juga dapat merawat masalah lelaki seperti kencing tak puas, kencing kotor, kencing kerap, angin pasang, bengkak prostat, batu karang dan masalah ginjal.
Beliau juga berkata kapsul ini dapat merawat alahan kulit, gatal-gatal, kudis buta, sopak dan pelbagai masalah termasuk asma atau lelah. Ia sesuai dijadikan amalan bagi yang berumur 40 tahun ke atas bagi mengekalkan tenaga, mengelakkan penyakit kronik, kekuatan pinggang, tidak mudah merasa letih dan juga awet muda.
Produk keduanya, minyak urut dhab sinai menguatkan ketegangan zakar, merangsang syahwat. Ia juga boleh digunakan sebagai minyak urut wanita selepas bersalin serta amat sesuai untuk kegunaan sakit lumpuh, strok, sakit urat, pinggang, sendi, lutut, kebas-kebas, terseliuh, patah akibat kemalangan dan luka diabetes. Minyak dhab sinai ini dijual dengan harga RM45.00 sebanyak 30 mililiter.
Produk ketiganya, makjun dhab sinai mengembalikan tenaga luaran dan dalaman suami isteri serta mengurangkan sembelit, mengeluarkan peluh. Ia hendaklah dimakan sebesar anak jari kelingking selepas makan malam. Makjun ini dijual dengan harga RM90.00 sebotol.
Produk dhab sinai dijual di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan pelanggan utamanya paling ramai berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.