Khasiat Buah Kulim
BUAH kulim adalah buah yang jarang dan susah ditemui. Ia hanya terdapat di dalam hutan dan dikatakan mula-mula ditemui di Kulim, Kedah dan dari situlah, ia mendapat namanya.
Orang pribumi memanggilnya bawang hutan atau jungle garlic dan mereka selalu menggunakannya sebagai perisa untuk masakan. Baunya memang seperti bawang putih, tetapi jauh lebih perit dan menusuk lagi. Dari segi saintifik ia dikenali sebagai Scorodocarpus borneensis Becc.
Kebaikan buah kulim ialah:-
1. Melegakan gejala masuk angin seperti kembung perut, mual dan rasa tidak selesa.
2. Mengatasi dan penawar untuk keracunan makanan.
3. Bersifat anti mikroba untuk merawat penyakit yang terkait dengan jangkitan bakteria dan virus.
4. Mampu menjaga kesihatan jantung serta untuk mengelakkan diserang penyakit jantung dan stroke.
5. Bermanfaat untuk melancarkan pengaliran darah serta berguna untuk mengelakkan tekanan.
6. Mempunyai ciri anti piretik yang mampu menurunkan suhu badan ketika demam.
Untuk manfaat di atas, buah kulim hanya perlu direbus hingga mendidih dan amalkannya sebagai bahan minuman sekurang-kurangnya dua kali sehari.Selain itu, disebabkan baunya yang kuat dan perit, buah kulim yang dipotong kecil dan diletakkan di keliling rumah juga dipercayai bermanfaat untuk menghindarkan ancaman serangga dan makhluk perosak seperti tikus, lipas, cicak dan sebagainya.