Tahniah kepada YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu yang dilantik sebagai Menteri di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pengurusan tertinggi dan seluruh krew penerbitan majalah Agro Malaysia/Agro Malaysia Online mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu atas pelantikan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Semoga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terus kekal menjadi pengeluar utama bahan makanan yang berkualiti dan selamat untuk dimakan selain dapat menjana ekonomi negara, meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan seluruh Malaysia.