Pembajaan Durian, Utamakan Baja SOP-BASED
Kita selalu mengalami satu fenomena yang dihadapi oleh penanam durian di seluruh Malaysia. Durian dari kawasan Raub dan sekelilingnya dapat menghasilkan buah yang bermutu tinggi bukan sahaja dari segi kualiti, bahkan kuantiti juga tiap-tiap musim berturut-turut. Antaranya juga wujud kes-kes di mana pokok durian berbunga dan berbuah berterusan sepanjang tahun. Apakah faktor-faktor dan perbezaan yang menyebabkan fenomena yang begitu luar biasa ini? Memahami dan mengkaji fenomena ini adalah amat penting kerana ia akan meningkatkan pendapatan penanam durian di seluruh negara.
Penanam durian di Kawasan Raub mengamalkan cara pembajaan yang amat unik. Kita boleh mengambil misalan untuk mengkaji lebih mendalam cara pembajaan typikal bagi pokok durian yang berusia 10 tahun sebagai contoh.
Pembajaan dijalankan apabila durian telah 80% gugur di musim yang tertentu itu. Mislanya, pada penghujung musim, iaitu November hingga Februari tahun itu, pembajaan akan dibuat pada hujung Januari. Kadar taburan adalah seperti berikut:-
- – 2kg Durian TE (unsur surih).
- – 5kg kapur Superlime.
- – 2 minggu kemudian, 20kg Harvester Baja Organik. Tabur di sekelilingnaungan.
- – 5kg Humic Acids.
- – 1 minggu kemudian, 10kg SoyaFish 8-8-8-8.
- – Pembajaan berhenti di setakat ini dan tunggu pokok berbunga dan berbuah.
- – Apabila saiz buah telah sampai saiz ‘Ping pong’, taburkan 3 kg SoyaFish 8-8-8-8.
- – Apabila saiz buah telah sampai saiz ‘tin susu’, taburkan 5 kg SoyaFish 8-6-18-8 atau Baja Raja Purple.Sistem dan program pembajaan pada bulan Jun hingga September dibuat pada akhir bulan Ogos. Sama juga pembajaan mesti dibuat apabila durian sudah gugur sampai 80%. Kelewatan amalan pembajaan akan mengganggu mekanisma bekalan nutrien dan gagal mencetuskan mekanisma on-set bunga dan buah. Satu perkara penting dan harus waspada iaitu rumusan baja dan kandungan nutrien yang berada di dalam butiran baja durian. Kita tidak boleh sesuka hati beli dan gunakan baja yang disyorkan oleh rakan atau jiran kebun atau pakar-pakar durian yang mengambil kesempatan mencari untung apabila penanaman durian hangat berlaku. Tanaman di seluruh dunia secara kasarnya dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tanaman yang mampu tahan tenggelam air sementara waktu dan tanaman yang langsung tidak boleh tenggelam di bawah air walau sebentar jua. Tanaman yang tahan tenggelam perlukan klorida (Cl-) untuk makanisma mengepamkan air dari sel-selnya. Tanaman yang tidak tahan tenggelam air sebentar langsung akan terjejas apabila klorida berlebihan diresap.
Fenomena ini menimbulkan keadaan wujudnya tanaman sensitif dengan ion klorida. Tanaman klorida sensitif mesti gunakan baja tanpa sebarang unsur klorida atau mengandungi unsur klorida paling paling rendah. Baja mentah yang membekalkan potassium atau kalium (K+) adalah dari Muriat of Potash (MOP) atau Sulphate of Potash (SOP). MOP ialah Kalium Klorida, ianya mengandungi ion klorida yang tinggi iaitu hampir 35%. SOP ialah Potassium Sulphate, ianya mengandungi paling rendah kandungan klorida dan mengandungi 17% Sulfur. Tanaman klorida sensitif termasuk durian, limau, tembikai, tembakau dan lain-lain. Jadi pembuatan dan perumusan baja durian mesti gunakan SOP sebagai baja mentah sumbangan unsur Kalium. Unsur Sulfur (S) dalam SOP juga memainkan peranan yang penting dalam rasa, aroma bau dan wangi buah durian.
Kesimpulannya, penanaman durian merupakan satu bidang pertanian yang memerlukan ilmu pengetahuan khas dalam pelbagai aspek, termasuk pembajaan. Memandangkan kebanyakan durian akan diekspot ke luar negara, mutu, kualiti dan kuantiti haruslah diberi perhatian yang lebih tepat. Cara pembajaan sangat penting yang akan menentukan kebarangkalian berjaya atau gagal.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pembajaan durian utamakan baja SOP-BASED, bolehlah menghubungi FENGLING AGRO-TECH (M) SDN BHD di talian 03-6140 7620 atau email: wastagri@hotmail.com atau melayari website www.fenglingagro-tech.com