Buah Pengalas Perut
BAGI anda yang mudah merasa lapar sebelum waktu makan, pastikan ada sebiji buah dalam beg sebagai bekalan setiap kali melangkah keluar dari rumah atau ke tempat kerja.
Jangan lupa membawa buah-buahan agar terus bertenaga dengan segala nutrisi yang terkandung dalam buah-buahan yang anda makan itu.
Berikut adalah buah-buahan yang dicadangkan sebagai pengalas perut sebelum mengambil makanan berat.
1. Buah epal – mampu mengurangkan kadar kandungan kolestrol dalam darah. mencuci toksin daripada tubuh anda.
2. Belimbing – Mengawal degupan jantung. Penting untuk kesihatan kulit, mata, kerongkong, perut, usus, tunjang dan saraf.
3. Strawberi – mampu merawat batuk, bronkitis, radang sistem penafasan, anti kanser dan menyeimbangkan hormon.
4. Avokado – membantu mengatasi masalah cacing dalam perut dan usus.
5. Pisang – dapat menurunkan tekanan darah dan merawat penyakit jantung.
6. Anggur – mengeluarkan batu karang dalam sistem perkumuhan. melawaskan pembuangan air kecil, merawat batuk dan mengurangkan panas badan.
7. Buah lemon – membantu mengubati masalah gastrik kronjk, batuk, bronkitis, tiada selera makan, muntah, angin dalam perut.
8. Tembikai – menurunkan tekanan darah. Melawaskan pembuangan air kecil dan merawat ginjal.