Inovasi sekam padi bakar untuk media tanaman halia
Nama | : Encik Ashri bin Ab Jalil |
Jawatan | : Pengarah |
No. Telefon | : 03-8948 9070 / 8942 6679 / 8942 6657 / 8943 6103 |
Emel | : ilpp@doa.gov.my |
Tanaman halia (zingiber officinale roscoe) merupakan sejenis tumbuhan umbisi dari keluarga zingiberaceae yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang dilihat bewarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tanaman secara komersial ataupun ‘kitchen garden’.
Di Malaysia, tanaman ini ditanam secara komersial di Bentong Pahang, Keningau Sabah dan Tambunan Sarawak. Varieti utama yang menjadi pilihan ialah halia bentong, halia bara, halia cina, halia tanjung sepat dan halia indonesia.
Di Institut Pertanian Serdang, inovasi penggunaan sekam padi bakar sebagai media tanaman halia sedang dalam kajian dan pemerhatian. Melalui projek MyAgrosis tanaman halia ini, sekumpulan tujuh orang pelajar di dedahkan dengan aktiviti pembinaan rumah teduhan, peyemaian benih halia bentong, pengurusan agronomi tanaman halia, promosi dan penjualan hasil.