6 Khasiat Buah Zaitun

BUAH zaitun amat bermanafat untuk kesihatan bukan sahaja mental tetapi juga fizikal. Antara khasiat yang terkandung dalam buah zaitun termasuklah protein, beta karoten, magnesium, kalsium, zat besi dan vitamin. Kandungan vitamin dan mineral mampu memperkuatkan sistem pertahanan tubuh.

Antara kebaikan buah zaitun:
- Mencegah penyakit jantung.
- Mempunyai sifat anti oksidan.
- Mencegah penyakit kanser.
- Menurunkan kadar gula dalam darah.
- Pencegah penyakit anemia.
- Melancarkan pencernaan.
Buah zaitun bukan sahaja boleh diinovasikan sebagai minyak zaitun tetapi juga boleh dikeringkan serta dijeruk. Daunnya boleh dibuat teh untuk mencantikkan kulit serta rambut.

TIPS PENANAMAN POKOK ZAITUN
- Pokok zaitun memerlukan cahaya matahari yang banyak.
- Boleh hidup subur di musim dingin, panas dan juga iklim khatulistiwa.
- Tanam di kawasan yang tidak menakung air. Kondisi yang terlalu lembab dan basah akan menyebabkan pokok zaitun mati.
- Pokok zaitun terdedah dengan serangan kulat Verticillium sp. yang mengakibatkan tanaman layu.